“Soal Bermadu, Biarlah Kami Saja Yang Tahu”
Belum sampai sebulan mendirikan rumah tangga pada 26 Julai lalu, sudah ada cerita tak sedap didengar apabila timbul dakwaan pelakon Miera Leyana dikatakan hidup bermadu.
Malah, Miera bernikah dengan jejaka pilihan hati Rosland Othman, 47 tahun yang merupakan seorang usahawan dikatakan sudah berkahwin dan memiliki tujuh anak perempuan. Difahamkan, segala dakwaan itu didedahkan menerusi satu video di YouTube yang kini tular.
BACA: Miera Leyana Bahagia Kahwini Lelaki Berusia
Tidak menafikan mahupun mengiyakan bergelar isteri kedua, Miera berkata sesiapa sahaja boleh membuat andaian tersebut. Ujarnya, dia dan suami hidup bahagia dan dia percaya bahawa hal jodoh itu adalah rahsia Allah.
“Sesiapa sahaja bebas membuat andaian, namun adilkah melemparkan spekulasi negatif pada sebuah masjid yang baru dibina?
“Sebagai orang Islam, kita kena percaya rahsia jodoh sukar dirungkai dan diduga. Begitu juga ikatan perkahwinan saya dengan suami.
“Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja tahu. Saya dan suami bahagia, tak menganiayai hidup sesiapa dan spekulasi ini dicetuskan orang luar,” katanya kepada BH Online.
Menurut Miera lagi dia tidak takut kerana mereka tidak melakukan perkara yang salah di sisi agama dan perkahwinan mereka direstui keluarga. Ujarnya, dia melakukan perkara yang salah, mereka boleh sahaja berkahwin di luar negara.
“Saya dan suami tak membuat perkara salah di sisi Allah dan agama. Kami membina rumah tangga atas dasar cinta dan memperoleh restu kedua-dua keluarga.
“Kami tidak sorok perkahwinan, malah satu Malaysia tahu, saya kini bergelar isteri Rosland. Majlis pernikahan juga diadakan secara terang-terangan.
“Jika mahu membohongi sesiapa, kami boleh berkahwin di luar negara dan bernikah menerusi talian. Tiada seorang pun akan tahu kami sudah berkahwin, melainkan ahli keluarga,” katanya.
Terdahulu, Miera dan Rosland bernikah pada 26 Julai lalu dalam majlis mewah dan meriah yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan.
- SUMBER
- BH Online
Adakah kahwin paksa??? Setahu aku, ML ni orka jugak. Hmmmm kalau begitu, kesian she olls. Manatau bini first ngan suami conspire nak tambah cawangan cover syarikat suami? Hewhewhew…. Kita tgk kemudian….
OK pe , bukannya haram pun jadi bini no2 . Cumanya si Roslan ni hebat sungguh tanggungannya , ada 7 anak perempuan campur bini 1st campur bini baru ni ada 9 orang yg nak dijaga dosa pahala almaklumlah dosa isteri dan anak pompuan suami/bapa yg tanggung ..
Kira okey lah ni , daripada dia buat Miera ni jadi pompuan simpanan , at least dia ambik jadi bini dia yg sah …. Daripada tokey Naza tu siap ada video dengan cina pukee tak cebok atas sofa merah …
Pandai la somi nya tu nak didik anak2 dan bini2 dia jd insan solehah. Dah berusia dkt separuh abad dan nmpk mcm intelektual.
apa pun tahniah kat mira dan suami. moga korang dan madu hingga ke syurga !
jawapan simple tak berbelit-belit – ya memang bermadu.
Biasanya kalau jawapan corner baring sana sini, maksudnya betul.
Banyak sangat tengok drama ni…?
Apa2 pun tahniah en rosland dpt kueh apam baru.
retis, mcm juga izreen dulu ckp ude tu bujang rupa2nya sdh merancang nak buang isteri.
tak lama lagi tu mcm izreen, hanez, fiza, watie, zizie, tiara, wahida laki semua tinggal bini.
yg kesian wan sakinah sebab ashraf muslim teruk nanti hadap peguam turun naik mahkamah itu pun meroyan dlm ig
Secretary lentik oi.. kamu kalo perkara yg kamu andai tu tak betul dah jatuh sebagai fitnah tu. Hati2 la buat andaian.
senang je nak tau betoi ke tak bermadu. Tunggu esok esok kalau ada bini tua meroyan kat ig story maknanya betul la tu … takpun sorang antara 7 orang adik beradik tu buat ig bagitau hahahha
Siapa tak nak RO ni walaupun suami orang. Aku pun nak.
“Currently he sits on the Board of Directors in various companies namely Konsortium KAJV Sdn. Bhd., Malaysia, OHP Ventures Incorporated, Labuan, Malaysia, Sufini Holdings Ltd, Abu Dhabi, UAE and Geppert GmbH, Austria.”
Poket tebal dan terlibat dengan oil and gas semua.
?