Penyanyi Irfan Haris berkongsikan nama anak sulung Amira Othman iaitu Muhammad Jarir Umar adalah inspirasi daripada kelas agama yang dihadiri oleh kakaknya.
Menerusi satu temu bual bersama radio, Irfan berkata Amira berkongsikan Jarir adalah nama sahabat Nabi Muhammad ketika zaman perang.
BACA: “Terima Kasih Suami Tolong Masa Berperang Nyawa Keluarkan Jarir”
“Saya rasa nama itu dipilih bersama Amira dan Fattah Amin tapi kakak dapat inspirasi dari kelas agama dia. Dia cerita pada saya, Jarir ini sebenarnya nama sahabat Nabi dulu masa zaman perang.
“Dia terinspirasi daripada nama itu dan seluruh keluarga saya panggil Jarir saja,” katanya.
Sementara itu, Irfan turut memaklumkan kakaknya dalam keadaan baik dan mendoakan agar Jarir menjadi anak yang soleh.
“Saya sangat gembira untuk kakak dan abang ipar. Sebagai adik, pasti saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga Jarir membesar menjadi anak yang soleh serta membanggakan ibu bapanya, insya-Allah,” katanya.