fbpx

Johan As’ari Pelik Tidak Boleh Selfie Selepas Solat

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gandut mengeluarkan kenyataan mengenai selfie selepas terawih dengan niat untuk menunjuk-nunjuk atau pun riak mampu menghapuskan pahala ibadah.

BACA: Johan As’ari Kongsi Gambar Berdakwah Di India

Johan As'ari Pelik Tidak Boleh Selfie Selepas Solat - ROTIKAYA_feat

Perkara tersebut nampaknya mendapat perhatian pelakon Johan As’ari yang kini sedang menuntut ilmu agama di India. Melalui kenyataanya di laman sosial Instagram miliknya, Johan berasa pelik kenapa selfie boleh menhapuskan pahala.

“Pelik pulak ana (saya) bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim d Malaysia. Hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie. Mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas…tak apa lah.. kita husnuzon (bersangka baik),” kata Johan di Instagram.

Mungkin juga Johan tergerak hati untuk memberikan kenyataan sedemikian kerana dia juga dilihat selalu memuatnaik gambar perjalanan dan juga rakan-rakan yang ditemuinya sepanjang menuntu ilmu di bumi India tersebut. (rtky/s)