Johan As'ari Kongsi Gambar Berdakwah Di India Bersama Teman
Sebelum ini, pelakon Johan As’ari pernah memberitahu bahawa dia akan berkelana di India selama empat bulan bagi mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam di sana dan baru-baru ini, dia sudah pun berkongsi gambar perjalanannya di sana.
BACA: Johan As’ari Bakal Ke India Dalami Ilmu Islam
“Saya akan menghabiskan masa selama empat (4) bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan,” kata Johan sebelum ini.
Semoga pemergian Johan dalam menuntu ilmu kali ini sentiasa dirahmati dan direstui Tuhan malah apa yang dilakukan Johan ketika ini juga turut mendapat sokongan peminatnya di sini.
“Allah permudahkan rezeki apabila saya pasang niat nak sambung belajar. Ia buatkan saya lebih yakin pada setiap janji Allah. Malah, ketiadaan ibu juga buat–kan saya lebih bersemangat untuk jadi anak soleh buat ibu dan ayah,” katanya dipetik daripada Metro Ahad, hari ini.
Selain itu, selepas pulang daripada India nanti, Johan tidak akan berhenti berlakon kerana beranggapan kerjaya itu sebahagian daripada dakwahnya untuk peminat. Semoga baik-baik saja di sana, Johan. (rtky/s)
tumpang tanya, dlm bulan ramadan ada hantu/syaitan? kalu takde, kenapa ramai yg masih berbuat jahat. mohon pencerahan…
Silap tempat kalo ko tanya soal tu kat Rotikaya hahahaha
BAGOS LAH AI……..SI JOHAN SEKARANG NI………BANYAK YANG DAH BERUBAH…….
pix yg last sekali tu epic… nak tunjuk dalam majlis ilmu.. perlu ke noks?
syaitan diikat tapi nafsu tidak diikat..segala perlakuan jahat disebabkan nafsu dalam diri
rasanya kalo nak belajar ugama kat msia pun boleh x yah jauh2…takut nanti terlibat dgn akitivit ektrimis…btw kalo boleh x yah lah post pic sdg baca quran tu…nampak sgt mcm belakon..kita simpan jer lah tuk sendiri..ok ;)
mesti ko tak pernah dengar perkataan ‘tabligh’
Tgk kat ketuk2 ramadhan. Poyo je dia ni. Nak bagi hadiah pun siap berdoa bagai kat akak tu.. saya doakan akak berjaya……….. bagi hadiah kicap je.
Jauh perjalanan luas pandangan. Aku hairan la dgn org kita ni. asyik nak dengki dengan org je! suka hati dia la nak post ape pun. bkn nya dia post bnda tak baik.
Tu g ditakoti d bln ramadhan yg jahat tu dlm diri kte hehe setan kan d ikat
kne bgtaw seluruh alam ke nokks pegi bljr ugama????
benda yg baik…jadikanlah contoh teladan.
sahabat tercinta…
so adakah salah dan sesat andai kirim gambar? ada juga mufti beritahu apa aktiviti mereka di media sosial mereka.. untuk apa? untuk mengeratkan silaturahim dengan peminat… begitu juga aktiviti perniagaan lain….
knape tidak di malaysia? orang kenal dia di malaysia ni… orang malaysia ni banyak songeh, boleh ambil contoh apa ada dalam ni…
belajar di luar negara akan jadi ekstrem? di dalam negara pun boleh jadi ekstrem.. ekstrem ada pada individu bukan pada ajaran agama.. setiap agama pun tiada ajar ekstrem, cuma ada segelintir individu yang tergelincir dalam pemahaman…
kalau yg baik artis kita share dikatakan riak… tapi kalau artis yg dok share gambar gi bercuti tu mcm mana pulak tu… siap puji kata comel lagi… hehehe
hmm.. ikut puak tabaligh tu.. networking badan ni besar bunyinya sehingga kalau ahli nya nak buat berniaga pun mereka boleh beri modal. .entahlah dengar dari kawan2 tabligh juga. Mase dulu ade segelintir peniaga yang muflis, ramai masuk tabligh untuk belajar agama serta memperbaiki taraf hidup.
Alhamdulillah… Suami saya pernah ikut jemaah tabligh ni ke India, Pakistan Dan Bangladesh… masa tu tak kawen lagi. bos dia yang kasi duit gi sana….