fbpx

Johan As’ari Bakal Ke India Dalami Ilmu Islam

Demi menunaikan pesanan arwah ibunya, Johan As’ari akan berada di India selama empat bulan bersama rakan-rakannya di sana. Menurut Johan, dia ke sana adalah untuk mendalami ilmu Al-Quran selain ilmu hafazan dan mendekatkan diri kepada Allah.

BACA: Ibu Johan As’ari Meninggal Dunia

“Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan”

“Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana”

“Saya akan berangkat ke India secara berkumpulan iaitu seramai tujuh hingga lapan orang. Di sana sudah ada rakan yang menunggu kami. Seorang daripada kami akan dilantik selaku ketua rombongan,” kata Johan yang bakal berpuasa dan menyambut Syawal di India kepada akhbar Kosmo!

Pasti ramai peminat setia pelakon ini akan merindui selebriti kesayangan mereka ini nanti. Semoga perjalanan pergi dan pulang serta keselamatan Johan sentiasa dipermudahkan di sana. (rtky/s)