fbpx

Johan As’ari Bakal Nikah Usahawan Harumanis Miliki PhD

Pelakon Johan As’ari berkata dia berharap dapat menamatkan zaman bujang tahun ini selepas lima tahun menjalin hubungan jarak jauh dengan wanita yang dikenali sebagai ‘N’.

Memetik Harian Metro, Johan berkata kekasihnya yang juga usahawan Harumanis itu berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Sains Politik dari universiti di United Kingdom.

BACA: Johan As’ari Rancang Nikah Usahawan Hartanah Hujung Tahun Ini

Menurut Johan, dia sememangnya meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga tahun ini dan persiapan perkahwinan sudah siap hampir 90 peratus.

“Alhamdulillah, dia wanita hebat dan amat berdikari. Saya bersyukur sekiranya Allah memakbulkan jodoh kami. Harapan saya, semoga apa yang dirancang sekarang menjadi kenyataan bila sampai masanya.

“Kini, persiapan perkahwinan hampir 90 peratus siap. Pilihan hati pun sudah ada. Cuma, belum menetapkan sebarang tarikh saja. Masih tidak diputuskan lagi (tarikh) dan saya akan hebahkan kalau ia jadi nanti.

“Apapun, perbincangan dengan orang-orang tertentu juga sudah dibuat. Yang nak taja baju (perkahwinan) kami pun dah ada. Jadi, kiranya memang sudah semakin nampak ke arah itu (berkahwin),” katanya.

Johan berkata kekasihnya yang berusia 39 tahun itu seorang yang suka memberi semangat dan sokongan dengan apa yang dilakukannya.

“Dia tak ajar saya dengan duit. Dia suka beri saya semangat, sokongan dan kekuatan untuk melakukan apa saja yang saya nak buat. Malah, ada masa juga yang saya tidak bersemangat seperti buat ‘live’ di TikTok, dia pasti galakkan saya dengan memberi semangat.

“Ini termasuk penyertaan saya dalam pertandingan menyanyi pun dia sokong juga. Jadi, saya bertambah yakin diri dan bersemangat mencuba,” katanya