“Jika Tiada Jodoh Di Dunia, Mungkin Jodoh Saya Di Alam Sana”
Usianya bakal menginjak 52 tahun pada Februari depan, penyanyi Anuar Zain mengakui dia masih memikirkan soal jodoh.
Tidak menafikan fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai, Anuar berkata jika sudah sampai masa dan ditakdirkan Allah untuk jatuh cinta, dia terima dengan hati terbuka.
BACA: DSV Mohon Maaf Kepada Anuar Zain
“Percaya atau tidak, saya masih lagi memikirkan soal jodoh. Saya percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah dan seelok-eloknya buat kita.
“Jodoh itu rahsia Allah, kita tidak akan tahu bila. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu berdoa. Jika ada rezeki yang diberi Allah, saya kahwin,” katanya.
Meskipun banyak kes perceraian dilaporkan di media sosial, namun Anuar berkata perkara itu tidak pernah menakutkan dirinya untuk bergelar suami.
“Walaupun banyak kes keruntuhan rumah tangga kita boleh baca dalam media sosial hari ini, namun pada masa sama, ramai pasangan di sekeliling saya mampu mempertahankan perkahwinan hingga akhir hayat.
“Saya lebih suka melihat dari aspek positif seperti bagaimana pasangan menjaga kerukunan rumah tangga dan kekal bahagia. Momen itu pada saya sangat manis,” katanya.
Anuar turut mendedahkan, dia pernah dilamar peminat, malah ibu bapanya pernah berhasrat untuk menjodohkan dengan anak kawan mereka.
“Memang ada peminat yang melamar saya. Tetapi saya anggap itu gurauan dan tidak ambil serius. Malah, kedua orang tua saya pernah berhasrat menjodohkan saya dengan anak-anak kawan mereka.
“Ketika perancangan itu dibuat, saya memang sibuk dengan kerja. Ketika itu, hendak pergi bercuti pun tidak sempat, apatah lagi mahu fikir soal berumah tangga.
“Dalam nada bergurau, saya katakan kepada abah, kalau betul dia berkenan dengan gadis yang ingin dijadikan calon menantu itu, biar dia sahajalah yang berkahwin,” katanya.
Dalam pada itu, Anuar berkata bukan rupa dan ciri fizikalyang menjadi keutamaannya dalam mencari calon isteri tetapi karakter seseorang itu paling penting.
“Bagi saya karakter dan personaliti adalah paling penting. Kena sentiasa positif. Saya suka berborak pasal isu semasa dan hal berkaitan sejarah.
“Saya mahu berjumpa seseorang yang boleh bersembang apa sahaja… Itu sangat penting. Rupa pada saya jatuh tempat kedua atau ketiga. Personaliti kena selari dengan saya kerana tak dinafikan, saya ini sangat rumit dan sensitif orangnya,” katanya.
Sementara itu, Anuar berkata dia percaya dengan qada dan qadar serta reda jika ditakdirkan terus hidup solo buat selamanya.
“Saya terima apa sahaja takdir Allah dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, saya akan terima. Tapi jika tiada jodoh di dunia, mungkin jodoh saya di alam sana,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Teringat lagu Salih Yaacob ” Belum Jodoh “
Arwah pakcik aku bertemu jodoh masa usianya 54 tahun. Usia 55 tahun dpt anak sorang. Tapi umur dia tak panjang. Masa anak dia umur 8 tahun, pakcik aku meninggal. Dia pun masa dah 40 an tak fikir jodoh dah. Tapi jodoh ni rahsia Allah. Sebelum tu bukan dia tak usaha. Tapi jodoh dia hanya hadir masa umur dia 55 tahun. Doa yg baik2 je mudah2an yg baik tu Allah balikkan untuk kita pulak
Hairan aku ada org sibuk nah hal org lain…kesian Abg ni, buat org terasa hati aja. Semoga AbgAnuar jumpa jodoh yg cantik & baik budi pekerti…Aamiin.
Ada beza org yg sibuk berpoya2 dgn mcm2 perempuan sampai lanjut usia tp tetap dia bg alasan lom jodoh. Yg sebenarnya dia takut komitmen dah seronok hidup bergaul bebas ke mana2. Berbanding dgn org yg sibuk bekerja sampai terlajak ke hujung 40an.
Aku dpt rasa AZ akan kawen tahun 2022 ni. Sape jodoh dia aku tak tahu. Mungkin ustazah.
Nama pun retis nk heran apa org gossip psl dia. Lain le retis sendu xde sapa kisah pun ..
Masa kau muda, aku pun muda, kita berpandangan kat uptown damansara..ko x nak mengorat aku masa tu Nuar. Klu x, settle dah masalah jodoh kau. Ntah2 kita ada anak bersama, 2 org. .hehehehhe
Happy holiday semua! Klu x celebrate cny pun, ada la tempias2 cuti tu. Hati2 di jalan raya
bila masih bujang org bertanya bila nak kawin, bila dah kawin bila nnak dapat anak, bila dah dapat anak tanya bila dapat cucu, dah tu bila naik haji, bila beli rumah/kereta baru, bila berbini/bersuami baru… sampaiii pak ke lubanh lahad pun ditanya…
rasanya AZ akan kawin taun nie @ taun depan.. dengarnya kak vida yg carikan jodoh.. semoga semua berjalan lancar, kita doa yg baik & kata yg baik maka yg baik.. Amin.
Korg penah tngk x Anwar ni simple atau serabai?
jodoh tu kan rahsia Allah.. knp manusia nk sibuk?
Takpayah kawin la buat Naya anak nanti kena ejek kata bapa ke atok Tu
Org mcm ni semua pakej ada (bolehla)..tapi mcm x pernah ada gf or bercinta (sbb tu x berjodoh lg)
Ada nafsu ker tidak kat pompuan ni..
Semoga baik2 utk abg nua
Tatatitituuu..