fbpx

Setakat ini pelakon Bella Astillah belum memberikan apa-apa kenyataan mengenai kes tangkap khalwat melibatkan suaminya, Aliff Aziz bersama aktres, Ruhainies.

Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada Bella iaitu Zarina Astillah menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan Bella memeluk ahli keluarganya sambil menangis di lapangan terbang.

BACA: Ruhainies & Aliff Aziz Bebas Dengan Ikat Jamin, Bakal Didakwa Berkhalwat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Einaastillah (@einaastillah)

Turut menjadi perhatian, ibunya turut menitipkan pesanan buat anaknya untuk Bella kembali ke pangkuan keluarga kerana mereka sentiasa ada untuknya.

“Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluargamu. Mereka akan selalu ada untukmu,” katanya.

Sabtu lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam serbuan dilakukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.