fbpx

Ruhainies & Aliff Aziz Bebas Dengan Ikat Jamin, Bakal Didakwa Berkhalwat

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi tadi di sebuah kondominium mewah di ibu negara sudah dibebaskan dengan jaminan.

Difahamkan, dua selebriti itu dibebaskan dengan jaminan, sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar pukul 2 petang tadi.

Terdahulu, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jawi pada awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Tangkapan yang dibuat Jawi difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi.

Sehingga kini, kedua-dua belah pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan tersebut.