fbpx

Idris Khan Dedah Pernah Tolak Tawaran Jadi Ahli Politik

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon Idris Khan mendedahkan dia pernah ditawar untuk menjadi ahli politik namun menolaknya kerana sedar amanah besar yang perlu dipikul.

Perkara itu dikongsikan oleh Idris selepas ditanya oleh pengikutnya mengapa tidak memasuki dunia politik. Bagaimanapun, Idris berkata dia pernah terfikir mengenai perkara itu.

BACA: Idris Khan Nafi Hamilkan Bekas Kekasih

“Ada pernah saya terfikir, ada juga menerima tawaran untuk masuk politik. Tapi, lepas fikir masak-masak saya memilih untuk tidak menyertai politik.

“Ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar. Niat kena betul, kuasa dan wang boleh menyebabkan seseorang itu untuk terpesong dari menjalankan tanggungjawab dengan jujur,” tulisnya.

Dalam pada itu, Idris akui bukan mudah untuk menjaga rakyat dan dia akan tetap membantu serta menyumbang kepada negara dengan caranya tersendiri.

“Contoh, ramai di atas sana mencuri kiri kanan. Kemudian mampukah kita untuk pastikan setiap orang tak kira agama dan bangsa di bawah kita terbela, dijaga?

“Saya tak mampu dan saya takut dipersoal nanti. Saya akan bantu dan menyumbang kepada negara dengan cara saya tersendiri,” tulisnya.