Beberapa hari lalu, pelakon Fattah Amin hilang sabar dengan satu akaun di Threads yang melemparkan fitnah serta tuduhan melampau terhadapnya.
Menerusi satu hantaran, Fattah berkata sebelum ini dia memilih untuk tidak melayan segala fitnah yang dilakukan namun ianya dilihat semakin melampau.
BACA: Netizen Puji Fattah Amin, Amira Othman Tak Budayakan Gender Reveal
View on Threads
“Salam @musangberjanggut, saya seriously tak nak kisah atas benda-benda remeh dan fitnah yang selama ini telah awak cipta. Tapi rasanya naratif yang digunakan, fitnah yang di ada-adakan ini dah semakin melampau,” tulisnya.
Jelas Fattah lagi, dia sudah lama membuat laporan berkenaan akaun itu namun sehingga kini maish tiada tindakan.
Perkongsian Fattah itu juga turut mendapat perhatian rakan artis, Kamal Adli yang menyifatkan tuduhan tersebut dilihat jahat serta ingin mengatahui siapa di sebalik akaun berkenaan.