Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman dipuji netizen apabila memilih tidak melakukan trend gender reveal seperti yang sering dilakukan oleh orang ramai.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna mengatakan pasangan itu memberi contoh yang baik kepada masyarakat.
BACA: Amira Othman Bakal Bersalin, Fattah Amin Tolak Kerja Jauh

Malah, individu itu turut memuji tindakan Amira yang tidak pernah mendedahkan baby bump dan berkongsikan mengenai kehamilan ketika kandungan berusia tujuh bulan.
“Sesungguhnya artis sangat memberi contoh kepada masyarakat. Di saat Amira Othman tidak membudayakan gender reveal, tak dedah baby bump, tak buat pregnancy reveal ketika kandungan tujuh bulan dan masih gigih mencari rezeki,” tulisnya.
Dalam pada itu, individu itu turut berharap budaya gender reveal ini tidak perlu menjadi ikutan terutama sebagai seorang muslim.
“Semoga ia menjadi satu budaya yang perlu diikut. Jangan menormalisasikan perkara yang tak sepatutnya dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim,” tulis pengguna tersebut,” katanya.