fbpx

Jadi ‘Gentleman’ Aliff Aziz, Cuci ‘Berak’ Kau – Erma Fatima

Susulan kontroversi terpalit pelakon dari Singapura itu, penerbit dan pengarah Erma Fatima meminta Aliff Aziz tampil untuk munculkan diri serta selesaikan kemelut melibatkan dirinya selepas pendedahan oleh Sarah Yasmine.

Memetik HibGlam, Erma berkata Aliff tidak sepatutnya senyap selepas timbul pelbagai kontroversi dengan beberapa selebriti wanita serta menyarankan aktor itu membuat laporan polis terhadap Sarah.

BACA: “Sarah Yasmine Boleh Berambus”

“Aku juga minta Aliff, jadi gentleman (lelaki sejati). Jangan duduk dan senyapkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau berak sana sini kemudian hilang. Kau berak dalam negara aku pula.

“Tak perlu cerita isu gam, banned dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan dia (Sarah) berambus,” katanya.

Dalam pada itu, Erma tidak melabel Aliff sebagai perosak industri seni serta menyifatkan perangai ‘playboy’ yang ada pada aktor itu adalah perkara normal.

Namun, Erma berkata pendedahan wanita itu sehingga mengheret nama lain seperti Meerqeen, Anna Jobling, Emma Maembong dan Chacha Maembong adalah perkara tidak sepatutnya.

“Saya tak sifatkan Alif sebagai perosak industri Malaysia tetapi saya cerita tentang perempuan itu. Playboy sebenarnya ramai, bukan Aliff seorang cuma tiada orang macam Sarah yang mahu dedahkan semua.

“Saya bukan nak halalkan apa yang Aliff lakukan tetapi itu sebenarnya perkara biasa. Seseorang perlu hentikan dia. Kalau semua orang diam, tiada perubahan yang akan berlaku,” katanya.

SUMBER: HibGlam