fbpx

“Sarah Yasmine Boleh Berambus”

Penerbit dan pengarah, Erma Fatima meminta wanita berasal dari Singapura juga kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine balik ke negaranya serta selesaikan isunya disana.

Memetik Harian Metro, Erma berkata dia amat kecewa dengan sikap wanita itu yang membuka aib beberapa artis serta menggesa Sarah berhenti menghancurkan industri hiburan tanah air.

BACA: “Saya Tahu Aliff Akan Berubah Sebab Nampak Dia Solat”

“Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.

“Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.

“Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” katanya.

Menurut Erma, tindakan Sarah tidak wajar ‘diraikan’ sorta menggesa individu yang dimalukan membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya.

“Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Saya harap ‘kenduri selak kain’ ini dihentikan dan pihak SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta.

“Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?

“Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia,” katanya.

Dalam pada, Erma turut memohon masyarakat tempatan untuk berhenti ‘mengangkat’ wanita itu serta menggesa Aliff untuk selesaikan isu yang berlaku dan keluar dari negara ini.

“Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula.

“Tak perlu cerita isu gam dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan berambus,” katanya.

SUMBER: Harian Metro