fbpx

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Memetik BH Online, berita pemergian Jaafar atau disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

BACA: Buang Air Besar Berdarah, Jaafar Onn Kini Di Zon Kritikal

Sementa itu, Hanif berkata urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.

Semalam, Hanif memaklumkan Jaafar ditempatkan di zon kritikal Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak Isnin lalu akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Hanif berkata, doktor sedang berusaha memberikan bantuan pernafasan selepas kritikal dan jantungnya terhenti pagi tadi.

Sebelum ini, Jaafar mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.