fbpx

Buang Air Besar Berdarah, Jaafar Onn Kini Di Zon Kritikal

Pelakon veteran Jaafar Onn kini berada di zon kritikal di wad kecemasan Hospital Serdang selepas berak berdarah ketika membuang air besar semalam.

Memetik mStar Online, anak angkat pelakon itu iaitu Hanif berkata tekanan darah dan bacaan haemoglobin bapanya itu turut berada pada paras rendah ketik pemeriksaan dibuat di klinik sebelum dibawa ke hospital.

BACA: Kesihatan Jaafar Onn Merosot, Kini Guna Kerusi Roda

“Dia (Jaafar) semalam buang air besar berdarah selain tekanan darah serta bacaan haemoglobinnya rendah. Malah doktor di klinik yang kami pergi pun kata tak boeh buat apa-apa dan kena bawanya ke hospital. Jadi saya terus bawa ke Hsospital Serdang sekitar pukul 12 pagi,” katanya.

Sementara itu, Hanif berkata bapanya tidak menujukkan sebatang simptom sebelum mengalami buang air besar berdarah dan berlaku secara tiba-tiba.

“Sekarang sedar tapi dalam wad kecemasan di zon kritikal. Tiada simptom cuma dia sakit perut sebelum tiba-tiba ada darah ketika buang air besar,” katanya.

Dalam pada itu, Hanif berkata bapanya perlu menjalani pemeriksaan lanjut serta memaklumkan pelakon itu pernah tiga kali mengalami berak berdarah sebelum ini sejak Julai lalu.

“Disebabkan masalah itu berulang jadi doktor mahu lakukan prosedur endoskopi dan pemeriksaan lain bagi mengesan punca dia buang air besar berdarah.

“Sudah tiga kali jadi, bulan Julai tahun lepas, kemudian November dan semalam (Isnin). Dia ingat dia sihat sebab sebelum ini doktor beritahu puncanya sebab ada ulser dalam usus,” katanya.

SUMBER: mStar Online