fbpx

Izara Aishah Pelik Suami Tak Cemburu

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, Izara Aishah memberitahu suaminya, Adib Khalid tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif dalam lakonan. Malahan, beliau juga pelik dengan sikap suaminya yang tidak pernah cemburu dengan lelaki gandingannya selama ini.

BACA: Izara Aishah Lega Tutup Komen Di Instagram

“Adib tidak pernah ada rasa cemburu terhadap mana-mana lelaki yang berlakon di samping saya sama ada dalam drama atau filem. Kadang-kadang pelik juga. Bagaimanapun, mungkin kerana Adib juga sudah biasa dengan industri seni menyebabkan dia memahami”

“Cuma kalau boleh biarlah ia berjalan secara perlahan-lahan memandangkan kami pun baru sahaja berkahwin. Tapi kalau diberi rezeki awal, kami bersyukur,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Melalui kehidupan baru sebagai isteri, Izara akui dirinya masih mempelajari tanggungjawab yang perlu digalas, tapi katanya mujurlah suami tidak cerewet. Mengenai zuriat pula, Izara tidak menolak andai diberi rezeki awal. (rtky/w)