fbpx

Izara Aishah Lega Tutup Komen Di Instagram

Dunia media sosial hari ini banyak memudahkan selebriti berkongsi rutin harian mereka, tapi andai ada yang tidak kena, laju sahaja mereka mengecam di ruangan komen. Bagi Izara Aishah, daripada memeningkan kepala beliau memilih untuk menutup ruangan komen sahaja.

BACA: Izara Aishah: Produksi Tak Ambil Saya Berlakon Sebab Tidak Aktif Di Media Sosial

“Sejujurnya saya tak suka dengan komen tak betul daripada netizen. Boleh jatuh hukum fitnah. Jadi, sebelum makin teruk, lebih baik saya tutup. Sekarang saya berasa lega dan tenang. Walaupun saya jenis tidak membaca komen tetapi saya tahu komen sebegitu memang banyak”

Tidak dinafikan sekarang kalau baca bahagian komen tu, memang boleh mengucap tengok masing-masing menghukum dan menilai salah seseorang. Jadi tidak hairanlah Izara berbuat demikian.

“Memang banyak mesej di DM, tetapi saya tak buka. Jadi, saya juga nak berpesan kepada mana-mana pihak yang mahu menghubungi saya berkaitan kerja, boleh berurusan menerusi emel yang tertera di profil IG,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Kadanng-kadang memang selebriti ada melakukan kesilapan tetapi sebagai peminat pun janganlah menggunakan bahasa hingga keterlaluan. Ingat itu bahagian dia, bahagian sendiri belum tentu lagi. (rtky/w)