fbpx

Dalam kemaskini terbaru menerusi akaun Twitter beliau, Izara Aishah mendedahkan ada syarikat produksi yang tidak mahu mengambil dirinya berlakon hanya kerana tidak aktif di media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

“Ada yang tak terima saya berlakon kerana tak selalu update social media. Baru tau sekarang bakat dan commitment yang sepatutnya diberi sebagai pelakon dah tak penting,” tulis Izara Aishah.

Rata rata peminat memberikan reaksi terkejut dengan pendedahan Izara Aishah itu dan menganggap aktif di media sosial sebagai kriteria utama untuk diambil berlakon sebagai mengarut.

Tetapi ada juga yang mencadangkan pihak produksi berbuat demikian untuk mendapatkan publisiti percuma jika Izara Aishah berlakon dalam drama atau filem mereka — kedekut duit untuk promosi?

Pihak produksi seharusnya memandang bakat seorang pelakon itu terlebih dahulu sebelum mengambil kira aktif atau tidak seseorang itu dalam media sosial. Baru kerja jalan dan produk berkualiti, bukan begitu? (rtky/m)