Beks isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr Fie berkata dia mengetahui mengenai berita ibu mentuanya, Mak Jenny yang mengalami kecederaan retak tulang akibat terjatuh melalui media sosial.

Memetik Sinar Plus, Dr Fie berkata dia belum berpeluang menziarahi ibu mentuanya itu dan meskipun sudah berpisah dengan Nubhan, Mak Jenny tetap ibu mentuanya.

BACA: ‘Dia Hanya Terbaring” – Kesihatan Mak Jenny Merosot, Nubhan Mohon Doa

“Saya mengetahui cerita daripada sosial media yang Mak Jenny jatuh dan ada retak, kan? Jadi, saya mendoakan, saya tak sempat lagi nak bersua muka.

“Mak mentua itu tetap mak mentua saya. Tak ada putus pun, walaupun putusnya ikatan suami isteri saya dan Nubhan tetapi Mak Jenny tetap mak mentua saya. Allah tahu, doa saya sentiasa bersama dengan mak,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie memahami cabaran untuk menjaga warga emas serta mendoakan agar ibu mentuanya itu diberikan kesembuhan. Tambahnya lagi, Dr Fie turut menitipkan pesanan kepada Nubhan untuk mengambil peluang menjaga ibu dan soal anak serahkan padanya untuk uruskan.

“Pernah sebelum ini  saya ada ketika mak jatuh dan dimasukkan ke hospital. Jadi, saya tahu tak senang nak jaga orang tua ini. Saya berdoa banyak-banyak supaya mak cepat sihat dan semoga Nubhan dapat jaga mak dengan baik.

“Mungkin ini satu peluang untuk Nubhan jaga mak, tak perlu lagi nak fikirkan benda lain. Soal anak-anak saya boleh fikirkan,” katanya.

Sumber: Sinar Plus

×