Penyanyi Nubhan berkongsikan mengenai keadaan kesihatan ibunya yang dikenali sebagai Mak Jenny yang kini perlahan-lahan merosot.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan berkata kini hospital merupakan tempat dia dan ibunya sering pergi untuk melakukan rawatan.

BACA: Nubhan Sedia Tarik Balik Kes Jika Dr Fie Mohon Maaf

@nubhan86

Kalau mak ayah masih sihat, jgn skip video ni… #omakjenny #nubhan

? Water Sound and Piano Healing Music – KOJIRO

“Kesihatan mak perlahan-lahan merosot. Daripada seorang wanita yang sentiasa aktif, yang sentiasa menjadi penguat keluarga tapi sekarang, hospital mula jadi tempat kerap kami pergi. Rawatan demi rawatan. Dan sejak hari tu, aku mula sedar tiada siapa yang akan kekal kuat selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Nubhan turut memohon orang ramai mendoakan ibunya yang kini hanya terbaring agar diberi kesembuhan.

“Inilah keadaan Mak Jenny sekarang. Doakan Mak Jenny sembuh ya. Dia hanya terbaring. Orang selalu cakap, selagi mak masih ada, kita masih ada tempat untuk pulang. 

“Hari ni, aku masih pulang, tapi aku dah tak boleh pulang kepada mak yang dulu. Mak yang sambut dengan senyuman, sibuk bertanya dah makan? Sekarang, aku cuma mampu pandang wajah mak dan berdoa dalam diam,” katanya.

×