Isyariana Pakai Tudung Sebab Allah, Harap Dapat Istiqamah

Pelakon Isyariana berkata dia nekad untuk berhijab sepenuhnya meskipun sebelum ini dia masih pertimbangkan keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Memetik mStar Online, pelakon yang lebih mesra disapa Isya itu berkata dia nekad berhijab kerana Allah dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

BACA: Isyariana Cari Calon Suami Pendiam, Berduit

Sementara itu, Isya berkata dia kini gembira serta mengakui pada awalnya dia turut bertanyakan pada dirinya mengenai keputusanya itu serta berdoa memohon kepada Allah.

“Sebelum ini saya masih belum pasti lagi (untuk terus pakai tudung), tetapi sekarang inilah keputusan saya (pakai tudung). Saya harap dapat istiqamah.

“Saya buat ini bukanlah untuk sesiapa termasuk paksaan ibu, namun kerana Allah. Sekarang ini saya lebih selesa berpenampilan seperti ini. Saya sangat gembira,” katanya.

Dalam pada itu, Isya berkata dia tidak menghiraukan kecaman netizen mengenai watak sebagai mangsa rogol yang dibawakannya menerusi filem Balas Balik kerana ia hanya lakonan. 

“Saya tidak kisah, saya tidak takut dengan netizen. Saya hanya takut kepada Allah. Saya tidak hirau tentang penerimaan mereka dan hanya jalankan tanggungjawab sahaja. Itu hanyalah watak tersebut, bukan diri sebenar saya,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×