Isyariana Cari Calon Suami Pendiam, Berduit
Pelakon Isyariana berkata dia tidak melihat ianya satu kesalahan apabila meletakkan kriteria tertentu dalam mencari calon suami termasuk mempunyai kewangan yang kukuh.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 33 tahun itu berkata wang juga adalah salah satu faktor penting untuk pastikan rumah tangga yang dibina bukan sahaja bahagia tetapi kukuh.
“Pemalu itu memang salah satu kriteria yang saya mahukan tapi selain daripada itu calon suami mesti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh sebab kalau tiada duit rumah tangga yang dibina mungkin tidak akan bahagia.
“Walaupun saya ada sumber kewangan sendiri tapi saya mahu suami ada kriteria itu supaya dapat memberi satu jaminan bukan sahaja kepada saya tetapi keluarga yang bakal kami bina nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Isyariana berkata syarat calon suami perlu mempunyai sumber kewangan stabil bukan suka-suka kerana dia tidak mahu menanggung biawak hidup kelak.
“Dengan ekonomi sekarang ia perlu menjadi salah satu faktor untuk seseorang itu hidup dengan kita, tak akan pula saya nak tanggung biawak hidup?,” katanya.
- SUMBER
- mstar Online
Biar lambat kahwin dari kahwin awal dgn biawak.
yang dah kukuh selalunya laki orang atau duda. try cari duda, insyaAllah dah kukuh
Aku tak tahu pun ko ni siapa tp sumer kriteria yg ko paparkan sebagai calun suami tu ada pada aku. Lebih mengalakan lg keturunan aku berasal dari Ecuador.
Dia macam gini Isya, you can put high demand on what you want from your future husband. The question is, why would someone establish dan berjaya pilih awak?
Lelaki langsung tak pandang awak ni pekerja Mekdi atau ada PhD. Duit berkepok mana pun dia tak peduli. So what can you bring to the table to attract the guy that you want? If you say stability, awak kene faham, lelaki tak peduli awak stable macam mana pun. Tak beri perbezaan pada dia. At the end of the day, tetap dia yang kene bertanggungjawab dan tunaikan nafkah.
Untuk apa lelaki yang below 35, single dan berjaya pilih wanita berusia 32 tahun sebagai istri dia ?
Semua wanita sekarang sibuk nak lelaki yang matang dan berduit. Dia lupa bapak dia pun dulu tak matang dan tak berduit waktu awal perkahwinan dengan mak dia.
Semua wanita nak lelaki yang mana ciri2 yang mereka letakkan ialah ciri2 lelaki yang dah berumur, berkahwin dan berjaya. Lepatu wanita sekarang hairan kenapa sekarang ramai penyondol. Come on la. Wanita sekarang academically progressing yet intellectually regressing. Benda simple pun tak boleh fikir.
Korang sendiri yang letakkan syarat nak suami kayanagan(suami orang). Berapa ketul je lelaki below 40 yang dah betul2 established and stable. Yang lain semua suami orang.
Kriteria yg kau inginkan ada pd bakal suami spt kewangan yg kukuh dan pendiam tu sangat bjiak.
Orang yg mengaku kaya selalunya BUKAN pendiam sbb dia banyak propa krn nak sangat orang sangka dia kaya walaupun dia sebenarnya TIDAK kaya.
Orang yg pendiam tetapi kaya susah nak cari sbb dia tak suka menonjolkan diri selalu cuba mengelak dari diketahui org ramai dia kaya. Ciri2 kumpulan ni mudah dikenali dgn perwatakan sederhana dari segi pemilikan kereta, tempat tinggal serta cara berpakaian. Kereta yg mrk pandu PASTI bukan bieemdoubleU, merserdis, ordi, jaguwar, vellpari jauh sekali kreta sukan. Orang kaya pendiam suka menyorok kat apartment yg tak ramai penghuni krn dia tak suka ramai org kenal dia.
Orang kaya pendiam hanya berbelanja utk keperluan saje sbb itu jgn cari mrk kat pavilion atau klcc memang tak jumpa punya. Satu angkatunjuk yg mudah ialah bila naik keta mrk jika radio di pasang memang bukan saluran yg korang sumer dengar tu. Lagi satu pesanan penting utk ko ialah jgn sesekali cari calun suami dari kumpulan yg keluar dlm blog ini kalau ko tak mahu tersalah pilih. Yg ko cari tu ada diluar sana bukan dlm blog ni.
tak perlu letak syarat sangat la isya. bahaya juga kalau nak yg berduit nnt kan ramai penyondol nak kat suami awak, awak juga yang sakit hati. yang pemalu pun susah juga, nnt dia bagi silent treatment, kita juga yang sakit hati. kalau kita ni memilih, orang lelaki pun memilih juga. cuba fokus pada diri sendiri untuk jadi yang terbaik, yang solehah. banyakkan doa. pasti yang baik-baik akan datang pada awak insya-Allah.