fbpx

Isteri Shukri Yahaya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Shukri menerusi Instagram sebentar tadi.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menurut Shukri, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.18 petang di sebuah pusat perubatan. Menerusi perkongsian itu, Shukri berkongsikan sebuah video bersama cahaya matanya yang baru lahir.

BACA: Bakal Timang Bayi Lelaki, Shukri Yahya Dah Pilih Nama Anak

https://www.instagram.com/p/CC2ugHkpzFa/?utm_source=ig_embed

Dalam pada itu, Shukri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan buat kesejahteraan isteri dan anaknya serta berharap Allah dapat membalas dengan kebaikan kepada semua. Bagaimanapun, Shukri belum mendedahkan lagi nama puteranya itu.

Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015. Hasil perkongsian hidup pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, kini berusia empat tahun.