fbpx

Bakal Timang Bayi Lelaki, Shukri Yahya Dah Pilih Nama Anak

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, Shukri Yahya berkata dia dan isteri, Tya Adnan teruja untuk menantikan kelahiran bayi lelaki itu. Ujarnya, semua persiapan telah dilakukan dan sudah memilih nama untuk anak mereka itu.

Menurut Shukri lagi, isterinya tidak mengalami alahan teruk sepanjang kandungan kedua hanya emosi sahaja tidak menentu. Namun, Shukri berkata itu perkara biasa dan dia berjaya untuk menanganinya.

BACA: Shukri Yahya Terpaksa Guna Duit Simpanan Sara Keluarga Ketika PKP

“Persiapan semua kami dah siapkan dari awal, menunggu waktu beberapa minggu saja lagi. Alhamdulillah, kandungan kedua ini isteri pun tak banyak alahan.

“Cuma bab emosi tu biasalah untuk perempuan. Mengandung atau tidak tetap ada emosi tapi tentang emosi tu saya berjaya tangani dengan baik.

“Sejujurnya memang sangat teruja sebab nak dapat baby boy. Nama pun sudah ada tapi selepas lahir baru saya akan kongsikan,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, isterinya pernah keguguran Julai tahun lalu selepas disahkan berbadan dua pada bulan November 2019.

Syukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena kini berusia 4 tahun.