Isteri Sertai Misi Bantuan Di Sabah, Nadzmi Adhwa Baru Sedar Susah Jaga Anak
Isterinya, pelakon Ardell Aryana terbang ke Sabah untuk menyertai misi bantuan buat penduduk di kawasan pendalaman di negeri itu beberapa hari lalu, suaminya, Nadzmi Adhwa mengakui bukan mudah untuk menjaga anak tanpa bantuan isteri.
Nadzmi berkata diberi peluang untuk menjaga anak perempuannya yang kini berusia enam bulan seorang diri membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan seorang isteri dan juga ibu.
BACA: Bot Bantuan Dinaiki Ardell Aryana Diserbu Penduduk Sabah Undang Sebak
“Berpeluh peluh macam jogging nak bagi susu kat anak. Baru tahu bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita je. Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita , tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah,” tulisnya.
Dalam pada aitu, Nadzmi turut memberikan kata-kata semangat buat isterinya serta meminta untuk mengabaikan komen netizen yang mempertikaikan tindakannya menyertai misi bantuan tersebut.
Ujarnya, sebagai suami dia lebih mengetahui niat murni isterinya yang ingin membantu mereka yang memerlukan dan akan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan.
“Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak Ardell, jangan bimbang tentang kami ! Kami baik-baik sahaja. we always have your back!
“Keep helping those people in needs. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu. Semoga Allah redha,” tulisnya.
- SUMBER
- mStar Online
Who r yous?
Knp? Kkm kan ada.. knp dia jd frontliners kew apani?!!
kesian laki..cari lain la dpt bini mcm ni
ramai lagi PATI di Sabah belum dibagi bantuan oleh retis2 Malaysia. sila datang Sabah ye retis2
huntong laaaaa boleh snorkeling laut biru tuuuuu…