Bot Bantuan Dinaiki Ardell Aryana Diserbu Penduduk Sabah Undang Sebak
Beberapa hari lalu dilaporkan terbang ke Sabah untuk menyertai misi bantuan buat penduduk di kawasan pendalaman di negeri itu, perkongsian terbaru pelakon Ardell Aryana menjadi perhatian netizen.
Meskipun perlu meninggalkan suami dan anak serta berdapan risiko lebih-lebih lagi kes COVID-19 sangat membimbangkan di sana, namun Ardell tetap positif untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
BACA: Sertai Misi Bantuan Di Sabah, Ardell Aryana Menangis Tinggal Suami & Anak
Perkongsian Ardell itu juga turut tular di laman Twitter apabila rata-rata netizen sebak melihat apabila penduduk melihat kawasan tersebut menyerbu golongan aktivis dengan menaiki bot-bot kecil untuk mengambil bantuan yang ingin disalurkan.
Sedihnya tengok IG Story Ardell yang tengah bagi bantuan dekat Sabah dengan @MyFundAction.
Tengoklah macam mana keadaan depa berebut barang2 tu. Dengan anak bergayut semua. Ya Allah sedihnya ?
Ramainya orang susah ya Allah. Bantulah mereka. pic.twitter.com/eaSREuxOj1
— Amirul Aslam (@aslamisme) November 9, 2020
Video itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan terima kasih kepada Ardell serta pasukan bantuan yang bertungkus lumus untuk membantu mereka yang terjejas di sana.
Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Ardell turut menzahirkan ucapan terima kasih buat rakan artis serta orang ramai untuk menyumbang untuk bantuan yang diagihkan kepada penduduk di sana.
- SUMBER
- Ohmymedia
Jib melobi nk mintak epf bg keluar 10 ribu sekaligus. Hmmm..malang la dpt pemimpin yang x fikir future rakyat yg memang dah x kaya. Dugaan sungguh rakyaat malaysia terutama melayu yg diberi pemimpin semcm ni
Utk pengetahuan korang yang tidak duduk d sabah..ni bukan org malaysia ye..N definitely BUKAN org sabah.ni actually org phillipine yg tinggal di laut,yg dikenali sbg org pilau.tapi mengaku orang sabah.kenapa dorng x dpt bantuan?sbb passport pn tiada.please bagi bantuan ke saluran yang betul..n please jgn cakap yg dibantu ni org SABAH
Untunglh jd pendatang
Tuu Bukan Tempatan sis, Mereka Orang Tidak Ada kerakyatan bagus Awak balik Jaga Anak Awak yng masih kecil Tuu Dan Bantu Orang yang Memerlukan
agak2 lah bagi tajuk kalau bukan orang sabah. x ada orang sabah begini pellau adalah, sama PATI.
kalau tidak kenal sesuatu tempat itu jgn mengada2 buat2 kenal.
kerana politik cakap sabah negeri paling miskin tertanam sdh diotak mereka yg datang sabah semua org sabah miskin dan pandang rendah. maka hasil sabah banyak tapi diexploitasi okeh orang2 tertentu. terimakasi kepada orang MALAYSIA yg datang menolong dari semua segi ya.
Kene selalu pegi gym.. pasal tengok angkat beras pun tak larat.. hmmm..
untunglah..ini bukan org Sabah. Org sabah bukan mcm ni.untung lah dpt bantuan.berebut-rebut lagi tu.
bila lagi retis2 Malaysia mau datang bagi bantuan?
ramai PATI di Sabah mau di pelihara mereka lebih berani dari orang Sabah.
buat tunjuk perasaan, minta bantuan, masuk kebun orang mencuri sebab prinsip mereka semua harta tuhan mereka berhak ambil.
contohilah Atu Zero dia bagi bantuan dgn saluran yg betul sebab dia tahu keadaan di Sabah mcm mana.
bukan melulu bantai saja,
jaga2 bawa covid 19 balik nanti masuk TV terus bertambah glamour pulang dari tempat hotspot SABAH
Spesifikan tempat if mau penulisan tu tidak dilebel sebagai sampah.. Patut ambil personal class kali admin2 nih utk buat headline yg lebih masuk akal..
Syukur alhamdulliah,niat yg baik .mngagih kan sumbngn barangan dapur tp tindakan kurang bijak..sbb bila nak menyalur kn sumbangn .rujuk la dlu pd kerajaan dn org2 yg berkaitan ,tau dn kenal penduduk sana..cara agihan pun nampak x smart…baik nya ..rujuk tempat yg sepatut nya..ambil nama penduduk yg betul2 layak menerima dn hubungi individu tu ..baru la cari masa datang ke sana utk buat pengagihan..ni main serah ja ..main limsum ja ..maka nya jd berebut2..biasa la kan..org2 ni,bila dengar ada sumbangan ,akan kelam kabut datang…
Klu urusan ni ,di atur secara tenang dn teratur,x akan jd smpi gtu…
# kenal pasti dlu ….
# jangan terus angap rakyat sabah ni .trlalu susah dn miskin..lain negeri pun tentu ada org2 gni…kamu ja x sedar..