fbpx

Isteri Lan Solo Sempat Bawa Anak Blonde Rambut Sebelum PKP

Menerusi satu perkongsian di Instagram, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Hasim meluahkan rasa lega sempat membawa anak-anaknya mewarnakan rambut Raya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam entri tersebut, Sheila sempat berseloroh Lan terpaksa berhabis duit hanya kerana ingin melayan permintaan empat anaknya yang ingin mewarnakan rambut.

BACA: Bibir Sumbing Anak Lan Solo Jadi Bahan Ejekan

“Nasib baik sempat pergi blonde rambut! PKP wak..malas dan KY nak fikir kenapa dan kenapa.. Awak semua tau tak..buat rambut diorang berempat ni je, boleh botak kepala daddy beliau tau. Takkan tu pun nak kecam, duit daddy depa..bukan duit ampa..” tulisnya.

Dalam pada itu, Sheila juga turut berhadap suaminya akan memberikan sesuatu untuknya sempena raya ini.

Bagaimanapun, seperti sudah disangka perkongsiannya itu mengundang kritikan netizen yang mempersoalkan keperluan mewarnakan rambut anak kerana masih lagi bersekolah.

Sheila dan Lan telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata Nur Amna Qaleesya,9, Nur Amna Qeesyara,6, Muhammad Akid Qassyaff,5, dan Nur Amna Quxandra berusia 3 tahun