fbpx

Bibir Sumbing Anak Lan Solo Jadi Bahan Ejekan

Kadang-kala kebebasan dalam memberikan peluang kepada anak-anak untuk memiliki telefon pintar perlu ada batasnya. Memang menjengkelkan kadang-kala komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial oleh budak bawah umur dan tidak matang ini. Malah penyanyi Lan Solo juga turut terkena tempias.

BACA: “Walaupun Sumbing, Anak Lan Solo Tetap Comel”

Lebih menyedihkan lagi, fizikal anak Lan yang sumbing turut dijadikan bahan ejekan. Bayangkanlah bayi yang tidak berdosa sedemikian menjadi bahan ejekan walhal anaknya itu tidak bersalah apa pun.

“Memang ada yang mengejek anak saya tapi apabila saya semak profil mereka saya dapati individu yang komen itu masih budak sekolah. Jadi saya biarkan sahaja kerana menganggap mereka masih belum matang tambahan pula hanya sedikit sahaja yang melemparkan kata-kata tidak elok,” katanya kepada mStar Online.

Bersabar sungguh Lan. Kena ajar sekali budak-budak biadap ini biar beringat sampai ke anak cucu dia nanti. Selain itu dalam masa yang sama, perkongsian Lan berkenaan anaknya turut membawa kebaikan kepada orang ramai yang berhadapan masalah yang sama.

Anak Lan, iaitu Nur Amna Quxandra dijadualkan menjalani pembedahan bagi mencantum bahagian sumbing pada 31 Mei depan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selain Quxandra, Lan dikurniakan tiga orang cahaya mata lain. (rtky/s)