Isteri Fad Bocey Hamil Anak Kelima
Tahniah diucapkan buat pelawak Fad Bocey apabila isterinya, Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka
Beritga gembira itu dikongsikan oleh Syaheera yang berkata dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
BACA: Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Keempat
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi Insta Story Syaheeera memuat naik video seorang wanita yang berdepan ‘morning sickness’ yang teruk sepertinya.
“Sama seperti saya lepas test tu jadi double line kalau tak scan tak buat test elok pula tapi sudah tentu la kita kena buat test to extra careful.
“Makanya lama menyepi sebab ni la. Dalam kereta, dekat kedai makan, depan rumah apatah lagi dalam toilet. Lagi la bwek,” tulisnya.
Untuk rekod, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk pasangan kembar.
Kat gambar atas manis je bertudung.. rupanya in reality rambut merah kah kah kah tipah tertipu
dik, lain kali bace bebetul statement tu, “Sementara itu, menerusi Insta Story Syaheeera memuat naik video seorang wanita yang berdepan ‘morning sickness’ yang teruk sepertinya” nah! akk sharekn lg skli nyer..
bulan puase ni dik, jgn tambah ii dosanyer.
Awak ni tak pakai IG ke? Tu die repost yang rambut merah nye video to her IG story la. Malu nye tunjuk kebodohan macam gini
@erra seriously? itu gambar perumpamaan ler