Fad Bocey, Isteri Selamat Timang Anak Keempat
Tahniah diucapkan kepada pelawak Fad Bocey dan isteri, Nur Syahirah A. Rahman atau Syaheera yang selamat menimang cahaya mata keempat mereka di sebuah pusat perubatan swasta pagi tadi.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh Fad menerusi Instagram sebentar tadi. Fad memberitahu isterinya selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ibrahim Jibriel pada jam 4.41 pagi tadi.
BACA: Tak Sempat Tatap Kali Terakhir, Fad Bocey Cium Baju Arwah Abam
Menerusi perkongsian itu, Fad meluahkan rasa syukur proses kelahiran anaknya itu berjalan dengan lancar dan keadaan isteri serta bayi mereka berada dalam keadaan yang baik.
Fad turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan keluarga mereka serta buat isterinya yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat keempat mereka.
Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu sepasang kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 5, dan Nur Aminah Mishal, 2.
Banyaknye anak..tak buat family planning ke? Keadaan ekonomi tak memberangsang, macam mana nak bagi quality life kat anak. Ingat le Quality over Quantity
Baru empat…xde la byk. Sape kata anak byk xde kualiti? Akk ank tujuh ye…tiga dkt U..dua dkt asrama penuh..dua lg masih sklh rndah. Alhamdulillah elok je sihat badan sihat otak. Syukur juga cukup mkn pakai. Byk atau sikit anak bkn penanda aras berkualiti atau tidak.
Jgn ckp beso..x semestinye anak bagus dlm pelajaran bagus jg perangainye..perjalanan masih panjang..
Itu semua rezeki Allah Swt.. inshallah pandai² lah dia menjana ekonomi dia nnti.. lahir nya kita di dunia ini Allah sdh tentu setiap umat².. ssh, senang, rezeki dia yg tentu kan…. so jgn byk sgt spekulasi lah..
Betul kan akak comel.. anak dua.. tapi kalau dua dua perangai hampeh.. alahai.. kalau 7.. takkan 7-7 jadi hampeh.. atleast ada la sorang dua menjadi.. dari anak sorang dua.. tak menjadi perangai ye.. nyesall
tahniah..ank itu rezeki..
Dilla Stephen.. Nko lak yg feeenninggg asal??? Sifad nie.. Dh buat kire² ler klau dia dh tingin nk nambah lgi.. So jgn nk nyebok hal umahtangga org!! Peace yyaall.
Alhamdulillah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah swt jangan dipertikaikan rezeki, ajak al maut, jodoh, dan kematian sdh tertulis kenapa kita sebagai manusia tidak pernah merasa bersyukur atas anugerah Allah swt wallahuaklam