fbpx

Isteri Alah Bau Badan Hafidz Roshdi

Bak kata orang wanita mengandung ada bermacam alahan. Memasuki usia tiga bulan, Hafidz Roshdi memberitahu isterinya, Nurul Shuhada kini mengalami alahan bau badannya sejak mula disahkan hamil anak pertama mereka. Malah disebabkan itu juga, Hafiz dan isteri terpaksa tidur berasingan kerana Shuhada akan muntah apabila bau badannya.

BACA: Hafidz Roshdi Sahkan Bakal Bergelar Bapa

“Alhamdulillah kandungan isteri sudah memasuki tiga bulan dan sekarang alahannya sangat teruk. Paling pelik dia tidak boleh menghidu bau badan saya dan disebabkan itu kami tidak tidur sekatil. Tetapi saya faham dengan situasinya dan berharap alahan itu akan berakhir secepat mungkin”

“Buat masa ini persediaan yang saya buat sebelum anak lahir adalah mengambil tanggungjawab menguruskan rumah dan keperluan isteri. Daripada mengemas, memasak, mencuci semualah saya yang buat kerana isteri pun sedang mengalami alahan teruk jadi biarlah dia berehat,” katanya kepada m Star Online mengenai alahan yang dialami isterinya itu.

Sementara itu, Hafidz berkata sepanjang kahamilan isterinya, beliau banyak meminta nasihat daripada bapanya sebagai persediaan untuk bergelar bapa. Manakala soal jantina anak pula, Hafidz berharap mereka dikurniakan bayi lelaki namun terpulang kepada rezeki yang diberikan.

Sesungguhnya besar pengorbanan suami yang melayan isteri dikala hamil apalagi mempunyai alahan seumpama ini. Apapun semoga urusan Hafidz dan isteri dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik sehinggalah ke hari bersalin. (rtky/w)