fbpx

Hafidz Roshdi Sahkan Bakal Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan kepada Hafidz Roshdi yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas isterinya, Nurul Shuhada disahkan hamil. Bagaimanapun Hafidz enggan terlalu menghebohkan berita tersebut kepada orang ramai kerana masih belum mendapat pengesahan daripada doktor.

BACA: Hafidz Roshdi Bakal Timang Cahaya Mata?

“Ya, isteri memang sudah hamil kerana beliau sudah menunjukkan tanda-tanda seperti sedang berbadan dua seperti mual dan muntah-muntah. Cuma­nya pada ketika ini saya masih belum mempunyai ke­sempatan untuk membawa isteri saya berjumpa dengan doktor.

“Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang,” katanya kepada portal My Artis mengenai berita kehamilan isterinya.

Sebelum ini, Hafidz menerusi laman instagramnya ada memuat naik sekeping gambar bersama bayangan bahawa isterinya kini sedang berbadan dua. Ruangan komen pelakon itu juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang gembira dengan khabar angin itu. Apapun semoga isteri Hafidz diberikan kesihatan yang baik ketika hamil. (rkty/w)