Semalam, ada media melaporkan yang khabarnya Iqram Dinzly semakin kurus kerana makan hati selepas teman tapi mesranya selama ini, Fouziah Gous telah bertunang dan menjadi milik orang.

BACA: Iqram Dinzly Makan Hati Bila Fouziah Gous Bertunang?


Bercakap kepada mStar Online hari ini, Iqram Dinzly menafikan dakwaan yang kononnya beliau makan hati dengan pertunangan Fouziah Gous sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.

Namun, Iqram Dinzly berkata beliau terkilan apabila hanya mengetahui pertunangan Fouziah Gous menerusi media & hanya di’beritahu oleh tuan punya badan kira kira dua minggu dari tarikh majlis.

“Saya ralat melihat cara dia seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya”

“Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah”


“Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam,” tambah Iqram Dinzly lagi yang mengakui tidak berhubung dengan Fouziah Gous sejak pertunangan aktress itu.