fbpx

Iqram Dinzly Makan Hati Bila Fouziah Gous Bertunang?

Rasanya semua orang tahu yang Iqram Dinzly dan Fouziah Gous sangat rapat dan pernah juga di’gossipkan bercinta tetapi sehingga ke akhirnya mereka masih kekal sebagai sahabat baik sahaja.

Dalam ruangan gossip Harian Metro hari ini, Iqram Dinzly khabarnya kini sedang makan hati apabila insan yang di’pujanya itu kini sudah menjadi tunangan orang — sehingga diri semakin kurus.

Namun apabila di’tanya, Iqram Dinzly berkata perubahan fizikal beliau hanyalah kerana sibuk bekerja dan letih berlakon.

Kalau betul Iqram Dinzly makan hati kerana Fouziah Gous bertunang sehingga menjejaskan keadaan diri sendiri, ada eloknya tengok kembali perjalanan hidup sendiri dan cari seseorang yang lain sebagai teman.

Bukan’nya tidak kacak dan menjadi pujaan ramai gadis di luar sana ‘kan?