fbpx

“Ini Persembahan Untuk Orang Hindu Ke?”

Tidak dapat dinafikan kelincahan Izara Aishah baru-baru ini di sebuah majlis pertunjukan fesyen namun ada sesetengah warga laman sosial sakit mata dengan perkara tersebut dan meninggalkan komen yang menyakitkan hati. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, tidak usahlah ambil kisah.

BACA: Izara Aishah Pelik Suami Tak Cemburu

Namun rata-rata peminat Izara menyokong apa yang dilakukan oleh pelakon berkenaan dan menasihatkan agar Izara tidak mengambil pusing terhadap kritikan tersebut.

Mahu buat macam mana, Izara memegang status selebriti dan majlis yang diadakan pula mendapat liputan di laman sosial. Apa yang pasti, tuan empunya badan tahu apa yang dilakukan.

Inilah kenyataan selebriti dan juga rakyat biasa yang hidup di era kepesatan laman sosial. Lagipun isu sebegini hanya timbul dalam jangka masa yang sekejap saja. (rtky/s)