fbpx

Impian Shuib Nak Jumpa Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi Tercapai

Impian pelawak Shuib untuk bertemu dengan arwah isterinya, Siti Sarah dalam mimpi akhirnya tercapai.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib berkongsi cerita dalam mimpi tersebut dia berada di sebuah pulau dan berhasrat untuk menghubungi arwah isterinya, namun panggilan tersebut tidak dijawab.

BACA: Shuib Mimpi Arwah Siti Sarah Sampai Menangis, Watie Tak Rasa Cemburu

“Saya mimpi saya pergi pulau. Saya buka beg dan cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi ke mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.

“Masa saya buka beg dan cari telefon, dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga, jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.

“Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama ‘ibu sayang’. Saya cari dan jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,” kongsinya.

Shuib berkata sebaik saja terjaga dia berkongsikan mengenai mimpinya dengan isterinya, Watie dan tidak sangka mimpi tersebut bersambung kembali selepas dia melelapkan mata sebentar di waktu pagi.

Menurut Shuib lagi, arwah Siti Sarah hadir dengan senyuman dan mengenakan penampilan putih seperti telekung yang dipakai dalam rakaman lagu Tanpa Kekasihku yang dikongsikan di YouTube.

“Sahur pagi tadi agak sedih bagi saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.

“Selepas anak-anak sudah ke sekolah, saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik Sarah.

“Tiba-tiba iPad itu keluar nama dia (ibu sayang). Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya,”kongsinya.