Iman Troye Tak Kisah Bibir Tebal Dikatakan Sama Macam DSV
Penyanyi Iman Troye mengakui tak kisah apabila ada segelintir netizen menyamakan wajahnya dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.
Memetik Astro Gempak, Iman berkata meskpun dia melihat wajahnya dan Vida tidak sama namun dia menerima baik pendapat orang ramai mengenai perkara itu.
BACA: Iman Troye Dedah Pernah Dibuli, Tak Ada Kawan Di Sekolah
“Oh mama (panggilan Vida) saya. Memang saya perasan ramai yang kata muka saya dan dia sama.
“Saya sendiri lihat wajah kami tidak sama, tapi kalau orang lain nampak sama itu terserah. Sebab mata orang berbeza-beza. Saya terima sahaja pendapat orang,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya bahagian mana yang dikatakan sama dengan wajah Vida, Iman berseloroh menjawab bahagian bibir.
“Mungkin bibir kami nampak saya…mungkin teknik solekan dan disebabkan saya pakai braces sekarang nampakkan bibir lebih mugil. Saya tak kisah pun orang samakan wajah kami. Kalau mama Vida comel, saya comel jugalah,” katanya.
- SUMBER
- Astro gempak
Bibir tebal x pe.dari mulut luas buruk mcm sekor penyondol hauk yg hari2 garu2 ketiak dok menangis lepas masak x sedap..lapar prhatian..Burok nauuu..LOSER
trust me iman troye memang cantik and ada aura sendiri. bila tengok dia memang nak tengok lagi. i’ve met her before dia jadi artis, memang lawa <3
wow bibir tebal mcm Beyonce gais…. paduuuu