fbpx

Iman Troye Dedah Pernah Dibuli, Tak Ada Kawan Di Sekolah

Dilihat sentiasa ceria, siapa sangka penyanyi remaja popular, Iman Troye mendedahkan pernah dibuli ketika di bangku sekolah.

Meskipun bergelut dengan pelbagai hal sehingga melibatkan emosi, namun ia tidak menghalang Iman untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan sijil dekan di universiti.

BACA: Iman Troye Minta Izin Ibu Sebelum Beli Beg Tangan Mahal

“Waktu sekolah saya dulu tak indah sebenarnya. Saya pernah dibuli di sekolah. Memang tak ada kawan sangat. Tapi saya tak jadikan hal itu sebagai hal melemahkan semangat belajar.

“Jumpa kawan di sekolah baru, saya wujudkan kitaran positif yang betul dan mengajak kita untuk belajar. Saya tekad untuk berjaya. Pada akhirnya ia juga berbalik soal rezeki serta restu ibu bapa,” katanya.

Bergelar mahasiswi diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, dia berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan masa antara pekerjaan dan pelajaran. Kata Iman lagi, dia sentiasa cuba untuk memujuk diri belajar atau melakukan hal yang diminati.

“Kegembiraan itu pilihan, jadi lakukanlah perkara yang disukai dan diminati. Jangan beri pendapat selagi tidak diminta atau ditanya. Berkawan dengan individu yang mempunyai minat sama,” katanya.