Pernah terpalit dengan kontroversi gambar bogel bersama seorang pelakon wanita sebelum ini, Idris Khan baru-baru ini menafikan dakwaan bahawa dia telah membuatkan bekas kekasihnya hamil.

BACA: Gambar Bogel Atikah Suhaime, Idris Khan Tersebar?


Ini berikutan pendedahan mStar Online di mana seorang wanita telah mengadu kepada portal berita tersebut bahawa dia telah hamil hasil hubungan bersama seorang pelakon lelaki. Namun Idris tidak mudah melatah apabila diajukan soalan tersebut.


“Siapa agaknya yang dimaksudkan itu? Saya pun nak tahu juga. Rasanya kalau betul aktor itu diri saya, memang sahih saya dan bakal isteri tidak jadi berkahwin. Apa pun, kami rancak mengatur persiapan pernikahan awal tahun depan”

“Kami pada awalnya merancang untuk mengadakannya tahun ini, tetapi disebabkan si dia berasal dari Maghribi, urusan dokumentasi agak renyah,” katanya kepada BH Online.



Berbalik kepada kisah wanita hamil tersebut, apa yang diinginkan oleh wanita berkenaan hanyalah bayaran hospital yang sudah pun ditanggungnya terlebih dahulu sementara penjagaan bayi pula akan diuruskan oleh si ibu sendiri. (rtky/s)