fbpx

“Ibu Saya Tiada Masalah Terima Fazura”

Tidak pernah mengaku tetapi tidak pula menafikannya, begitulah hubungan Fattah Amin dan Fazura. Terbaru semalam, mereka meraikan ‘birthday bash’ bersama, anjuran pengurusan Fattah. Turut hadir bersama pada malam itu adalah keluarga Fattah, dan turut terlihat gambar mesra Fazura bersalaman dan berpelukkan dengan ibu Fattah.

BACA: Babak Cium Fattah Amin, Janna Nick Cetus Kontroversi

“Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam). Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik. Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini”

“Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik. Hubungan kami baik itu sahaja boleh saya beritahu. Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik daripada mereka. Selebihnya saya berserah kepada jodoh,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Majlis yang cukup meriah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam, memperlihatkan ‘love birds’ itu manis mengenakan gaun merah jambu dan Fattah pula berkemeja putih. Memang banyak aksi-aksi manis hingga ke tahap potong kaki semalam, kelab peminat Fattzura juga turut hadir menyokong selebriti kesayangan mereka.

Apapun harap-harap posting ini tidaklah mengundang pergaduhan diantara peminat Fattzura dan Lofattah pula kerana kalau masih ingat dulu pun Neelofa juga pernah bertemu dengan keluarga Fattah. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis ‘birthday bash’ Fattzura semalam. Enjoice! (rtky/w)