fbpx

Ibu Mertua Mira Filzah Terima Gelaran Datuk

Bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hari ini, ibu mertua kepada pelakon Mira Filzah iaitu Datin Mastura Yazid menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Mastura merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu menerima Darjah Kebesaran daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

BACA: Timbalan Menteri Datin Mastura Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah

Berita gembira itu dimaklumkan oleh anak sulung Datuk Mastura yang juga suami kepada kepada Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar di akaun Instagram sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Wan Emir mengucapkan tahniah kepada ibunya. Wan Emir turut mendoakan agar perjuangan dan usaha ibunya sebagai pemimpin dirahmati Allah.