fbpx

Timbalan Menteri Datin Mastura Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah

Teka-teki mengenai hubungan cinta pelakon dan pengacara Mira Filzah akhirnya terjawab apabila Mira mengesahkan sudah pun bertunang dengan jejaka pilihannya iaitu Wan Emir Astar dan tempoh pertunangan itu berjalan dengan lancar.

Malah, bakal ibu mertua Mira Filzah iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga merupakan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut mengesahkan anaknya bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon itu tahun ini.

BACA: Mira Filzah Sahkan Sudah Bertunang

Datin Mastura juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar mengatakan kedua-dua keluarga sudah pun bertemu dan turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya.

“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Mira mendedahkan dia sudah bertunang dengan Wan Emir bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.

Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.