fbpx

Ibu Bersumpah Tidak Pernah Halau Afiq Muiz Keluar Rumah

Ya, masih lagi kita berbicara tentang isu keluarga Afiq Muiz. Dalam satu sidang media semalam, pelakon muda ini telah nafikan sekeras kerasnya yang beliau seorang anak derhaka seperti di’dakwa ibunya.

BACA: “Ibu Yang Maki Hamun Dan Halau Saya Dari Rumah”

Afiq Muiz mendakwa ibu beliau tidak pernah menyayangi dirinya selain kerana duit dan ibunya telah memaki hamun juga menghalau beliau keluar dari rumah dengan gelaran anak derhaka dan anak tidak guna.

Menerusi Harian Metro hari ini, ibu Afiz Muiz tampil memberikan penjelasan yang beliau tidak pernah menyifatkan anaknya itu sebagai seorang anak derhaka selain menafikan pernah mengusir pelakon itu.

“Demi Allah saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil”

“Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah payah saya membesarkan dia & anak-anak lain”

“Saya tidak pernah menyifatkan Afiq anak derhaka, tetapi berdoa dia kembali menjadi Afiq yang dulu. Seorang yang lemah-lembut, sayangkan keluarga dan memikirkan semula matlamat asal bergelar pelakon,” tambah ibu Afiq Muiz yang mengakui tidak bersetuju dengan hubungan pelakon itu dengan Eina Azman.