fbpx

Afiq Muiz: Ibu Maki Hamun Dan Halau Saya Dari Rumah

Kami kurang setuju kalau masalah keluarga di’bawa ke pengetahuan para media kerana ianya sekaligus akan terus mengeruhkan keadaan. Kali ini kita di’kejutkan dengan isu keluarga pelakon muda Afiq Muiz.

BACA: Buang Keluarga, Ibu Dakwa Afiq Muiz Bersikap Seperti Derhaka

Menjawab dakwaan oleh ibu sendiri, Afiq Muiz telah tampil memberikan penjelasan dari pihak beliau kepada GUA hari ini dengan menyatakan yang ibunya sendiri telah menghalau dirinya keluar dari rumah keluarga.

“Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka & anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya”

“Perkara ini terjadi bila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. Keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina”

“Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap dan apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah,” jelas Afiq Muiz lagi.

“Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya”

Afiq Muiz menyesali perbuatan ibunya yang menceritakan masalah keluarga mereka kepada orang luar & tidka tahu apa motif sebenar perbuatan ibunya itu. Pelakon muda ini juga menafikan yang beliau menghabiskan RM30,000 untuk Eina Azman seperti di’dakwa.