Walaupun Kontroversi, Hattan Tak Menang Tangan Terima Tawaran Menyanyi
Meskipun terpalit dengan kontroversi dengan pembaca berita bulan lalu, penyanyi Datuk Hattan berkata ianya tidak menjejaskan aktiviti seninya.
Memetik Harian Metro, Hattan berkata semuanya berjalan seperti biasa malah tidak putus-putus menerima tawaran persembahan.
BACA: “Hattan Pernah Pergi Haji, Ada Gelaran Datuk, Patut Kawal Cara Percakapan” – Saari Amri
“Alhamdulillah, saya tak menang tangan ditawarkan menyanyi di sana sini. Ada satu syarikat ambil saya menyanyi untuk lima ‘show’ anjuran mereka di seluruh negara. Sudah semestinya saya menyanyi dengan iringan pemuzik pengiring,” katanya.
Sementara itu, Hattan menafikan dakwaan Konsert ‘Sifu & Aku 38’ besama Datuk M. Nasir dibatalkan kerana penjualan tiket tidak laku.
Menurutnya, ia tiada kaitan langsung dengan kontroversi tersebut sebaliknya terpaksa ditunda atas beberapa faktor, antaranya kematian kakitangan Luncai Emas milik M. Nasir.
“Yang kendalikan urusan di sana ialah Allahyarham Sham Amir Hussain. Arwah bawa masuk banyak penaja untuk konsert ini.
“Jadi, buat masa ini konsert terpaksa ditunda untuk sementara waktu. Saya diberitahu tiket berharga RM1,000 dan RM188 untuk konsert di Sabah habis dijual.
“Persediaan untuk show pun dah dibuat tanpa masalah. Kami semua dah dibayar sekitar 60 peratus. Ia mungkin akan berlangsung sekitar Ogos nanti. Kami akan buat sidang media khas untuk perkembangan lanjut nanti,” katanya.
Difahamkan, konsert itu sepatutnya berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 25 Mei ini dan seterusnya Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 1 Jun depan.
- SUMBER
- Harian Metro
jangan bongkak..sekian
Ticket habis dijual org tak dtg..mcm biasa
Ooo kat Sabah Sarawak nun..
Setting thn lps punya cerita la kan..mmg la..
klau ada hattan je dkt konsert tu.. mmg smua tanak pegi… menyampah tgk nama kau.. perangai tak semegahh…
Kalau u all x nak pergi.. I nk pergi..
I nk cari and Lee Watt Pariah Girls…Aummm
Tak payah nak propa la labuuu HAHAHA ego tinggi PUIII
I like janda and penyondol
Betul DIA NI mmg bongkak bodoh Dan riak! Ckp psl agama tapi X praktik sunnah Nabi, ko dah aibkan org pastu X nak minta maaf! Manusia APA nih? Hebat sgt ke DIA? Lagu pun bkn bnyk sgt yg popular! Itu pun nasib baik m Nasir yg cipta! Sudah2lah tuu
entahla sy memyampah tgk pakcik… Insaf la kain kapan sdg ditenun
Itu semua sebelum peristiwa dengan pembaca berita itu berlaku.
terpaksalah teruskan, kalau dibatalkan kalau tidak nanti kena samanoleh Pakcik
Mamat ni level perasan dia terlebih lajak. Sejak kuar kontroversi undangan tak menang tangan kunun. Bercakap pun mcm utusan malaysia rtm dan tv3. Dengar boleh tp kalu ada butang ff atau skip dialogue trus nak tekan. Kalu ada meluatmeter buat ukuran tahap menyampah tentu bacaannya memecah kaca meluatmeter.