Penyanyi Harris Alif membuat pendedahan mengejutkan apabila bukan saja pernah berdepan godaan daripada wanita lain tetapi termasuk rakan artis.
Memetik HibGlam, suami kepada Intan Ladyana itu bagaimanapun memilih untuk tidak melayan apatah lagi sedar akan statusnya sebagai suami dan bapa.
BACA: Tak Menyesal Kahwin Muda, Harris Alif Kerja Keras Demi Anak Isteri
“Sudah tentu ada gangguan. Tapi semuanya kembali kepada diri sendiri. Kalau kuat menangkis, insya-Allah tidak timbul sebarang masalah.
“Godaan masih ada walaupun selepas berkahwin. Ada yang kata suami orang lebih bertanggungjawab. Malah, ada juga rakan artis yang mencuba nasib.
“Tapi saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan. Kalau layan lebih-lebih, nanti menimbulkan masalah pula. Saya sedar status sebagai suami orang, jadi kena kawal diri,” katanya.
Sementara itu, Harris turut mendedahkan dia turut menerima kiriman gambar tidak senonoh daripada wanita tidak dikenali di Instagram.
“Macam-macam jenis gambar diterima. Mengucap panjang dibuatnya. Kadang-kadang, tidak sedap mata memandang, lebih-lebih lagi apabila dihantar oleh perempuan.
“Ada dalam lingkungan usia 20-an hingga 30-an. Yang remaja pun ada, tapi mungkin mereka tidak menghantar gambar keterlaluan,” katanya.
SUMBER: HibGlam