fbpx

Tak Menyesal Kahwin Muda, Harris Alif Kerja Keras Demi Anak Isteri

Pelakon Harris Alif mengakui berkahwin di usia muda bukan perkara mudah apatah lagi perlu memikul tanggungjawab besar sebagai suami kemudian sebagai bapa.

Memetik mStar Online, suami kepada pelakon Intan Ladyana itu berkata dengan keadaan ekonomi sekarang ramai yang terkesan dan membuatkan dia bekerja keras demi kehidupan selesa buat keluarga.

BACA: Harris Alif, Intan Ladyana Bakal Timang Anak Lelaki

“Kehidupan sekarang ini makin keras sebab bila sudah ada seorang anak dan tanggungjawab dengan isteri pula disamping anak kedua yang bakal lahir tak lama lagi jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk tambah pendapatan,” katanya.

Menurut Harris lagi, meskipun tidak lagi aktif dalam dunia seni namun dia mempunyai kerja lain menguruskan perniagaan serta mula berjinak-jinak menjana pendapatan melalui TikTok.

“Walaupun tak dalam dunia seni tapi saya ada kerja lain macam uruskan perniagaan dan dalam masa sama aktif di TikTok juga, bila dah mula kenal dunia TikTok ni baru tahu boleh jana pendapatan juga.

“Bila saya buat live tu dan menyanyi mereka akan berikan ‘gift’, daripada situ boleh juga dapat duit lebih, memang keras ekonomi sekarang ini bukan saya saja tapi semua orang yang laluinya jadi perlu bertindak cepat supaya tidak jauh ketinggalan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Harris berkata dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk berkahwin di usia muda kerana dia sudah bersedia ketika itu.

“Benda ni telah ditakdirkan, saya tak rasa menyesal sebab saya yang buat keputusan itu. 

“Alhamdulillah, sekarang ni ada keluarga ada anak kita kena pandai bahagikan masa, dengan keluarga, ada masa melepak dengan kawan tapi tak macam dulu, kalau lepak pun sebab ada kerja,” katanya.