Gara gara menyatakan rasa terima kasihnya di atas sokongan warga Johor atau kini lebih dikenali sebagai Bangsa Johor kerana tidak henti henti memberi sokongan sehingga dia berjaya merangkul gelaran Funniest Person in the World dalam pertandiangan di Finland, terdapat segelintir warga laman sosial yang mempertikaikan tindakannya itu.
BACA: Harith Iskander Juara Lawak Dunia, Raih RM444,000
Harith yang gembira dengan kejayaan tersebut telah menceritakan kembali bagaimana masyarakat di Johor menerima kehadiran ibunya ketika baru sahaja menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 1962. Malah Harith juga menyatakan rasa terima kasihnya kepada peminatnya di negeri tersebut.
Bagaimanapun tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang warga laman sosial yang menyifatkan bahawa seluruh warga Malaysia turut mengundinya dalam pertandingan tersebut dan bukanlah hanya dari Bangsa Johor semata mata. Tidak mudah melatah, Harith menjelaskan situasi sebenar.
“Rupa-rupanya ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan post saya dimana saya mengucapkan terima kasih kepada peminat Bangsa Johor yang menyokong saya dalam pertandingan Funniest Person in the World anjuran Laugh Factory”
“Mereka anggap yang saya mengucapkan Terima kasih HANYA kepada orang Johor dan bukan dengan orang lain yang memberi sokongan kepada saya. Dah jelas mereka yang anggap begitu tak sempat ataupun tak baca langsung beberapa post sebelum itu dimana saya bertungkus lumus mengucap terima kasih kepada kesemua golongan penyokong yang lain yang selama-lama ini tak habis-habis support saya”
“Post ‘Bangsa Johor’ itu saya tulis khususnya untuk kawan-kawan blogger, social influencers dan pihak media dari Johor yang berpenat-penat menyokong saya di belakang tabir sejak pertandingan ini bermula,” jelasnya.
Apa pun, Harith sempat menyatakan bahawa komedi stand up yang dilakukannya ini adalah untuk menyatukan orang ramai malah turut memohon maaf jika perkara yang dikongsikannya itu mengundang pecah belah masyakarat. (rtky/s)