fbpx

Harith Iskander Juara Lawak Dunia, Raih RM444,000

Memperolehi undian tertinggi daripada empat pesaing lain, Harith Iskander telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland. Menerusi laman Twitter The Laugh Factory, Harith telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan itu, sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM444,000.

BACA: Harith Iskander Sindir Sikap Pemandu Teksi Mogok

Memetik laporan portal Astro Awani, Harith yang mendapat giliran pertama untuk membuat persembahan telah beraksi selama lebih kurang 15 minit. Antara lawak yang dipersembahkan adalah dimana beliau berkongsi kisah perjalanannya ke Finland, diikuti dengan pengalamannya ketika dalam pesawat penerbangan dan bercerita hubungan diantara lelaki dan wanita.

Dalam persembahan pusingan akhir pertandingan itu, Harith bersaing dengan empat lagi pelawak dunia lain seperti Alex Calleja dari Filipina, Mino Van Nassau dari India, David Kilimnick dari Israel dan Katerina Vrana dari Greece. TFPW dianjurkan bagi meraikan kepelbagaian budaya di seluruh dunia selain mempromosikan penyatuan manusia melalui acara hiburan. (rkty/w)